Want your
own Fotopage?












 
FamilY DAnish

By: DANISH HAFFIZ

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 18-Nov-2009 08:07 Email | Share | | Bookmark
Danish dah KONVO



Dah lama aku tak update fotopages ni.Maklumla..sibuk sikit ngn business yang aku dan ceedah baru mulakan.Buat permulaan kami hanya menjual tudung..insyaallah..lepas ni..ada lagi benda lain akan kami cuba jual.Jadi..jengukla ke sini yaa http://blogshophopper.blogspot.com/

Alhamdulillah..pagi tadi pada jam 11.00pagi..selesai sudah majlis Konvokesyen untuk PRA sekolah seluruh negeri Perlis.Majlis bertempat di Dewan 2020, melibatkan 86 buah PRA Sekolah.Memang riuh jadinya apabila lebih 1800 orang kanak-kanak berusia diantara 5 - 6 tahun berkumpul.Macam-macam ragam dapat dilihat.Pening kalau aku yang jadi cikgu sekolah PRA ni.Majlis bermula jam 9.00 pagi..dan nasib kami agak baik kali ni apabila tersenarai sebagai kumpulan ke 29 untuk menerima sijil.Mengikut kata Cikgu Masniah, pada tahun lepas..PRA Sekolah Sungai Baru telah berada di senarai ke 50.Dapat aku bayangkan kalau kami terpaksa menunggu selama tu.

Gambar kat atas tu aku snap ngn HP ja.Masa ni Danish dah selesai majlis dia..jadi sekarang masa bergambar cam budak U tu.Untuk gambar yang cun dari cameraman pro..aku belum dapat.Semua masih ada pada cikgu.Nanti dah dapat..aku try upload.

wah dah terima ijazah..."TAHNIAH SAYANG"
ibu& ayah pasti banga dgn Danish...
Ibu ada kasi hadiah x??
aunty pun x sabar nak tunggu time aniq besaq ni..
Thu 19-Nov-2009 03:25
Posted by:liza
tahniah danish..rajin2 lagi ya pas nih..jadi anak yang cemerlang dunia akhirat.. Thu 19-Nov-2009 03:31
Posted by:afairuz  - [Link]
waaaa.....mana aci..
tih sambung blaja dulu x grad grad lg nieh...danish diap dh pakai jubah dah plak tuh....

congrat danish n ibu n abah danish jugak.....
smart tul...cam tih dia la jugak!!!!keh keh keh,,,
Thu 19-Nov-2009 07:37
Posted by:kacik
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 27-Oct-2009 07:38 Email | Share | | Bookmark
Anak - Anak Eiza & Atar



Nila First time aku ke rumah Eiza setelah dia berpindah ke kuaters Maktab Perguruan Perlis.Sebelum ni diorang tinggal kat kuarters IKBN Kuala Perlis.Disebab kan Atar dah dapat naik pangkat..maka sahabat aku ni terpaksala pindah umah dan berjauhan dari suaminya. Semoga lepas ni rezeki Eiza pula akan sampai dan berpindah ke tempat yang lebih hampir ngn Atar.

Jumaat lepas, aku dan Aton sepakat nak gi makan tengah hari di umah Eiza.Jadi kita orang pun beli ja lauk kat kedai makan tu.Kedai Monggol namanya.Eiza pula siap masak nasi menunggu kami dan siap ambil anak-anaknya.Sebabnya aku la memaksa Eiza gi ambil Iris.Aku belum pernah jumpa anak dara kecik ni.Dah 6 bulan pun umurnya. Maafla..auntie ni tak sempat nak gi.Geram aku tengok pipinya.Mata cukup bulat.Cute.Semoga Iris sihat dan abg Hariz jaga adik bebaik ya.

sonot la hangpa no leh berkumpul..lunch sama-sama..jeles seh..
mulat mata anak dara sorang nih..geram laks aku tgk..
Mon 2-Nov-2009 06:52
Posted by:afairuz  - [Link]
Jom shopping http://blogshophopper.blogspot.com/ Wed 11-Nov-2009 02:53
Posted by:Shopblog shopbloghopper@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 12-Oct-2009 07:59 Email | Share | | Bookmark
Sambutan 'Open Office' 09/10/2009 ~SelaMAt Ari RayOO~







Ini adalah sebahagian geng ofis yang beraya sakan.Suka sangat bila dapat makan bebanyak ni. Alhamdulillah, jemputan yang datang pun ramai.Dan ada juga makanan yang tak habis..maka jadinya upacara tapau menapau masa jam 4 petang.

Senarai menu boleh tahan tuk tahun ni..antaranya ..Nasi Tomato, Laksa , Sate, Nasi Impit, Ketupat dan Rendang, Bihun Goreng, Popia isi ketam (beso) ,Coctail dan berbagai jenis pencuci mulut. Pendek dan panjang kata..memang tak abis makan.

Haaa..Kak Mela punye pasal ar nie...aduh...!!
Byk jer gmbar yg cun...sje jer nak letak gmbar nie..huhu.....
Tue 13-Oct-2009 05:08
Posted by:5ruze
ntah... apa ar kak mela nie. Letak gambaq yg cun cun dah ler... Tue 13-Oct-2009 06:11
Posted by:mr.jako84
eleh, harapan k.ina nk mkn sate x sampai
abis awal
jgn2 depa pakat bwa blik ni
he3
Fri 16-Oct-2009 04:01
Posted by:kak ina eyna_digat@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


Monday, 12-Oct-2009 04:19 Email | Share | | Bookmark
Agar-agar gula merah bersusu



Aku tak pasti sebenarnya pencuci mulut ni nama apa.Sebab bahan dia masukkan susu pekat dan gula merah..maka..nama tu la aku letak. Agar - agar ni aku buat khas untuk di bawa ke ofis sempena sambutan hari raya minggu lepas. Benda paling mudah dan murah untuk dibuat. Bahan pun simple..rasa dia oklaa.Rasa gula merah. Jadi takla manis macam kita guna gula pasir.Dan susu pekat tu pula jadi penambah rasa sampingannya.Bila dah potong..jadi lagi cantik.Berkotak-kotak ngn warna putih.Apapun ..anak aku suka.

Care to comment?


Friday, 9-Oct-2009 08:55 Email | Share | | Bookmark
PerseDiaan Untuk Sambutan 'pejabat Terbuka '2009



Persediaan raya untuk tahun ni terasa kurang meriah.Maklumla kali ni kesibukkan kami tidak diserikan dengan suara bising kak ina. Walaubagai mana pun , kami tetap buat ketupat daun palas seperti biasa.Bergotong-royong di pejabat.Dan tok ketua memasak pula memasak 4 jenis makanan lain di rumahnya.Memang dasyat la kak tie. Tabik spring. Gambar pun sikit ja..untuk sambutan nanti, aku upload gambar lain.

x syg mulut ke kutuk ibu tgal ni.....
Mon 12-Oct-2009 06:16
Posted by:kak ina eyna_digat@yahoo.com
mana da kutuk..kaulah ibu tunggal yang ku puja..sehingga kini..wakakakkaa... Mon 12-Oct-2009 07:51
Posted by:mela  - [Link]
Hahaha...mcm ambik lesen kete plak...hihihi... Mon 12-Oct-2009 08:31
Posted by:5ruze
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 30-Sep-2009 02:21 Email | Share | | Bookmark
Lye Huat Gardens

Abah dan Danish
REplika Batu Caves
Danish suka Titi
View all 11 photos...








Ahad lepas, 27/09/09 kami sekeluarga ke Lye Huat Gardens yang terletak di Changlun kedah.Sesaja bawa Danish makan angin sebelum masuk ke sekolah semula. Taman ni nampak cam kecik ja...tapi penat juga kami berjalan.Banyak jenis haiwan ada disini. Harimau dan Harimau Kumbang pun ada (PUMA).Buaya, Burung, rusa, Monyet kecil tu pun ada dan si rusa pun ada.Pendek kata..walaupun kecil..tetapi memang ruang di manafaatkan sepenuhnya. Kucing yang berbulu harimau pun ada. Kelebihan lain kat tempat ni adalah replika Pulau, Bukit dan Gunung yang diperbuat dari batu juga ada. Banyak juga batu-batu yang berbentuk aneh dan menarik dipamerkan. Pemilik tempat ini juga turut mempamerkan basikal dari era dulu sehingga kini (lupa amik gambar) dan patung askar semasa Dinasti China dulu.Satu lagi yang menarik adalah lambakan pokok bongsai yang memang cantik.Bagi penggemar pokok bongsai..mungkin leh pergi tengok. Lanskap di sini juga menarik..redup ja.Kalau free di hujung minggu leh la try bawa anak-anak gi tengok.Tentu diorang suka.

RM 4.00 saja...

bulih mai nie...
Mon 5-Oct-2009 01:39
Posted by:mr.jako84
akka, sori sebab x ajak aritu...last minute planning...pastu kelam kabut masak sesorg...lupa nak jemput akka... nanti ujung syawal nih insyaallah kak ros jemput... Tue 6-Oct-2009 04:08
Posted by:ibu ayra rosrusli@yahoo.com  - [Link]
huk..huk sedih..merajuk dah ni. Fri 9-Oct-2009 07:17
Posted by:mela  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 28-Sep-2009 05:38 Email | Share | | Bookmark
Majlis Kesyukuran untuk Anak Ibu




** yg bersimpuh ayu tu..tentulah ibu ayra.

Alhamdulillah..jadi juga rancangan kami untuk buat majlis sikit semperna birthday Danish pada 09/09/2009. Aku dan Hafiz sepakat nak buat Nasi Ayam. Aku tak pernah masak nasi ayam banyak-banyak..memang gabra juga. Tapi Hafiz cakap..masak jela..try and error. Maka habislah aku mengodek kat internet..tengok menu yang mudah dan sedap.

Maka pada pagi raya keempat tu..terkedek-kedek la aku and geng nak mula masak.Penat juga..pastu masa nak rebus ayam tu...boleh pula dapur buat hal..hemm..memang lambatla jadinya. Air rebusan ayam tu taknak juga mendidih.Dah lambat sangat..nasib mak aku berjaya dapatkan dapur ganti..Letak kejap ja..dah mendidih.

Aku tak jemput ramai pun..cuma sedara terdekat dan kawan-kawan yang rapat dan berada di perlis ni.Terima kasih untuk Kak Ros dan Abu .ibu Ayra[url] sebab sudi meluangkan masa datang umah. Ayra pula memang dah besar..anak dara dia orang ni..memang sesuai jadik model dahla comel, pastu bila besar Sah tinggi dari aku .Dari dia orang datang sampai la mama dan papa dia sudah makan..dia still tidor.Ayra sebenarnya letih kutip duit raya ni..mama dia paksa kutip

Danish pula happy sangat..sebab tercapai juga hajatnya nak kek Transfomer dan hadiah yang di balut. Abah pun belila lori panjang tu..murahja..yang penting BERBALUT. Teh pula bagi hadiah jam tangan BEN 10. Wah...sukala dia memakainya.Semoga Danish menjadi anak yg soleh..sihat selalu..diMurahkan rezeki..serta dipanjangkan usia.Ibu dan Abah terlalu sayangkan Danish.

ngah wi dia beli jeket kulit..tu yg bajet kureng tuuu... kulit kambing jantan.. Thu 1-Oct-2009 11:57
Posted by:Abah
mana gambo nasi ayam k.mela Sun 4-Oct-2009 09:12
Posted by:ryna
mana nak ada gambar...

tak sempat ambik gambau nasik dah abih pung...
Mon 5-Oct-2009 01:41
Posted by:mr.jako84
View all 15 comments Add comment


Monday, 28-Sep-2009 05:22 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya

Selamat Hari raya, Maaf zahir dan batin kepada semua kengkawan.Kut ada terkasar bahasa dan terlajak cakap..minta maaf ya.
Hari Raya ke tiga aritu...aku dapat tetamu jauh.Nun dari Putrajaya.En.Helmi dan Puan Norizan
mama lyna[url] maka dapatla aku berjumpa dengan si comel Lyna.Memang comel anak dara kecik ni..yang paling mahal..keningnya..bersambung..sebijik cam kening ayah dia. Terima kasih bebanyakla untuk ijan sekeluarga, sebab sudi bertandang ke rumah kami.Lain kali kita berjumpa lagi ya. Lyna cepat membesar ya..


susah tau aku nak snap gambaq dia gelak..bila dia gelak..aku pulak tergelak..tu pasal gambar blurr..sebab aku gerak Mon 28-Sep-2009 07:43
Posted by:mela  - [Link]
Eh...kak ejan nie kawan kak mela ker...mcm kenal jer...huhu... Mon 28-Sep-2009 09:28
Posted by:5ruze
ahala fairuz..dulu kak mela kan duk HQ juga.Pastu suami dia dulu 1 kelas ngn kak mela di POLIMAS.jadik..memang geng la... Tue 29-Sep-2009 00:27
Posted by:mela  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 10-Sep-2009 04:25 Email | Share | | Bookmark
09/09/09- 5 Years old



Kemarin 09/09/09 genapla usia Danish 5 tahun.Cepat dan pantas sungguh Danish membesar.Masih terasa suasana ketika ibu ditolak masuk ke dewan bedah.

Gambar ni sesaja ja aku edit.Birthday Danish selalu jatuh pada bulan Ramadhan.Kalau ikut perancangan awal, tahun ni sambutan birthday Danish akan di buat pada hari raya ke-4.Insyaallah ..harap tiada aral melintang.Sebab time ni Tieh dan Pakngah mungkin masih berada di rumah.


la dah 5 taun ka... awad sat sgt...

danish nak apa nie, merc ke bmw?

Fri 11-Sep-2009 03:29
Posted by:mr.jako84
aisey..dah besor anak teruna nih.. happy birthday danish.. Fri 11-Sep-2009 03:31
Posted by:afairuz  - [Link]
aikk..abah,....jangan melebih aarr..anak lebih dari abah ok tau.
psst: mak usu dan pak usu..kalau ada di kedah..mai la..5ruz pun...kalau tak balik perak jenguk la..tu malas nak jemput..semua duk jauh.
Fri 11-Sep-2009 04:05
Posted by:mela  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 4-Sep-2009 00:05 Email | Share | | Bookmark
bosssannnyaAAAA !!!!!



Kejadian sama berulang lagi.bahkan lagi dasyat. Sekitar jam 8.30 pagi kemarin 3 sept 2009 bekalan LETRIKK terputus lagi !!. Masa balik keja pun...tetap gelap...maknanya seharian kami bergelap dan berpanas di bangunan ni. Kalau tak silap pendengaran aku..dari apa yang aku dimaklumkan bahawa generator bangunan ni telah terbakar dan berassap. Jadik memang lambatla nak di baiki.
Bosan memang tahap menggila..dah la tenet pun takleh pakai..sever VIS dan GIS memang aku shutdown kan.Sebab talian lam bilik sever tu memang terlibat ngn masalah ni.UPS sever lak leh tahan paling lama 3 jam..maknanya kemarin..geng JPPH Perlis dan kebanyakan kakitangan di bangunan ni cuma goyang kaki dan siap lentok (aku pun sempat terlelap..walaupun panas )

## Pagi tadi 04/09/09..masa aku datang keja..letrik dah ok..aku pun on kan sever kembali.Tepat Jam 8.30 pagi tadi..sekali lagi kami bergelap. Jam 10.00 pagi baru kembali cerah. Tetapi tiada jaminan keadaan ini akan kekal.Pihak maintainance masih dalam proses membaiki..

aha..tu kegunaan mambang di pejabat la..apala..mambang pun nak nampak cun juga. Fri 4-Sep-2009 07:45
Posted by:mela  - [Link]
tu dia..awat jd lagu tuh..takpa..kalu aku dah lena di ulit intan dah...hahahah
psstt:baju tuh adik aku punya..tolong jahitkan...
Fri 4-Sep-2009 08:25
Posted by:afairuz  - [Link]
bleh ka nak lena kalu ada mambang dok main letrik...

abih la bagi mak cik tu jait, silap ari bulan ada yg tak dak baju raya taun nie
Fri 4-Sep-2009 12:26
Posted by:mr.jako84
View all 7 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.