Want your
own Fotopage?












 
FamilY DAnish

By: DANISH HAFFIZ

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Thursday, 10-Sep-2009 04:25 Email | Share | | Bookmark
09/09/09- 5 Years old



Kemarin 09/09/09 genapla usia Danish 5 tahun.Cepat dan pantas sungguh Danish membesar.Masih terasa suasana ketika ibu ditolak masuk ke dewan bedah.

Gambar ni sesaja ja aku edit.Birthday Danish selalu jatuh pada bulan Ramadhan.Kalau ikut perancangan awal, tahun ni sambutan birthday Danish akan di buat pada hari raya ke-4.Insyaallah ..harap tiada aral melintang.Sebab time ni Tieh dan Pakngah mungkin masih berada di rumah.


la dah 5 taun ka... awad sat sgt...

danish nak apa nie, merc ke bmw?

Fri 11-Sep-2009 03:29
Posted by:mr.jako84
aisey..dah besor anak teruna nih.. happy birthday danish.. Fri 11-Sep-2009 03:31
Posted by:afairuz  - [Link]
aikk..abah,....jangan melebih aarr..anak lebih dari abah ok tau.
psst: mak usu dan pak usu..kalau ada di kedah..mai la..5ruz pun...kalau tak balik perak jenguk la..tu malas nak jemput..semua duk jauh.
Fri 11-Sep-2009 04:05
Posted by:mela  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 4-Sep-2009 00:05 Email | Share | | Bookmark
bosssannnyaAAAA !!!!!



Kejadian sama berulang lagi.bahkan lagi dasyat. Sekitar jam 8.30 pagi kemarin 3 sept 2009 bekalan LETRIKK terputus lagi !!. Masa balik keja pun...tetap gelap...maknanya seharian kami bergelap dan berpanas di bangunan ni. Kalau tak silap pendengaran aku..dari apa yang aku dimaklumkan bahawa generator bangunan ni telah terbakar dan berassap. Jadik memang lambatla nak di baiki.
Bosan memang tahap menggila..dah la tenet pun takleh pakai..sever VIS dan GIS memang aku shutdown kan.Sebab talian lam bilik sever tu memang terlibat ngn masalah ni.UPS sever lak leh tahan paling lama 3 jam..maknanya kemarin..geng JPPH Perlis dan kebanyakan kakitangan di bangunan ni cuma goyang kaki dan siap lentok (aku pun sempat terlelap..walaupun panas )

## Pagi tadi 04/09/09..masa aku datang keja..letrik dah ok..aku pun on kan sever kembali.Tepat Jam 8.30 pagi tadi..sekali lagi kami bergelap. Jam 10.00 pagi baru kembali cerah. Tetapi tiada jaminan keadaan ini akan kekal.Pihak maintainance masih dalam proses membaiki..

aha..tu kegunaan mambang di pejabat la..apala..mambang pun nak nampak cun juga. Fri 4-Sep-2009 07:45
Posted by:mela  - [Link]
tu dia..awat jd lagu tuh..takpa..kalu aku dah lena di ulit intan dah...hahahah
psstt:baju tuh adik aku punya..tolong jahitkan...
Fri 4-Sep-2009 08:25
Posted by:afairuz  - [Link]
bleh ka nak lena kalu ada mambang dok main letrik...

abih la bagi mak cik tu jait, silap ari bulan ada yg tak dak baju raya taun nie
Fri 4-Sep-2009 12:26
Posted by:mr.jako84
View all 7 comments Add comment


Monday, 17-Aug-2009 03:08 Email | Share | | Bookmark
Blackout



Hari ini dalam sejarah.Boleh masuk berita nih..hari ni sekitar jam 10.30 pagi..keseluruhan Bangunan Persekutuan Kangar mengalami gangguan bekalan elektrik. Sedang kusyuk buat keja..tetiba gelap..nasib setiap komputer ada UPS. Jadi sempatla nak save data terakhir. Semua jabatan kerajaan yang berada di bangunan ni bergelap seketika..cuma berharap pada lampu kecemasan ja.Selepas 10 minit..haba di dalam bangunan mula meningkat. Panas la..aircond tak idup.Lebih kurang 30 minit kemudian, pihak TNB berjaya memulihkan semula talian.Lega rasanya..dah ada aircond balik.

p/s : gambar kat atas tu..aktiviti semasa ketiadaan letrik.Orang yg paling gembira hari ni adalah cik Rosida..sebabnya telipon yang dia jaga tak leh berbunyi takda letrik.tengokla wajahnya yang tersenyum riang...heheheh..

alahai sian hangpa...kalu aku lagi syiok balckout seminggu..huahahahha.. Mon 17-Aug-2009 04:31
Posted by:afairuz  - [Link]
wakaka sian btul...

apa da, tak bayaq bil letrik ka?
Sun 23-Aug-2009 04:00
Posted by:mr.jako84
Add comment


Tuesday, 11-Aug-2009 00:53 Email | Share | | Bookmark
Langkah Keselamatan




Kerana H1N1, Danish dah pakai topeng gi sekolah.Dia kata ada kawan dia dah pakai kat sekolah.Jadi dia nak juga.Nasib abah punya stok banyak kat umah.Bila dia dah pakai..dia bertanya pula..Abah kerja nurse ka ? mana abah dapat topeng ni ? wakakakakaka..abah keja nurse.Lepastu bila cakap abah bukan nurse..dia gi tanya Tok pula..dulu Tok keja nurse ka ?..rupanya dia masih tak berpuas hati..dari mana datangnya topeng tu.Danish fikir hanya nurse ja ada benda tu..penyebab utama adalah kerana sahabat dia yang pakai mask di sekolah adalah anak kepada seorang nurse.

xpa danish klu kena pakai mask pun masih bergaya...rambut tetap kemas..
jaga kesihatan tau..belajar rajin2..
Tue 11-Aug-2009 03:31
Posted by:liza
Danish nak cari nurse ke? Jom ikut pak ngah...
leh pak ngah tolong tunjukkan kat mana
Tue 11-Aug-2009 04:18
Posted by:mr.jako84
ibu nak pakai juga mask tu..tapi nak cari yang ada corak-corak sikit...warna pink ker..purple kee..baru cun. Wed 12-Aug-2009 02:27
Posted by:mela  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 27-Jul-2009 04:02 Email | Share | | Bookmark
KARNIVAL PRA SEKOLAH - 25/07/2009

Pagi sabtu tu Danish bangun cukup awal.Tak sabar-sabar dia nak ke sekolah Arau..nak mewarna.lebih kurang jam 7.35 minit pagi , kami pun sampai di sekolah kebangsaan Arau.Dalam pukul 8 pagi..acara mewarna bermula..bersungguh-sungguh dioarang semua mewarna..dan yang paling bersungguh tentulah ibu bapa.Masing-masing sibuk nak mengajar anak...warna yang sesuai la. Disebabkan ramai sangat nak membantu..akhirnya para ibu bapa diarahkan berada di tepi atau di luar dewan.wakakakakak..padan muka.





amboi...nih mak pak nak mewarna2 ka apa ka..huhuhuhu Mon 27-Jul-2009 07:38
Posted by:afairuz  - [Link]
wah..Danish dah makin berisi la acik tgk...mesti banyak makan ni..
Tp jgn lupa gosok gigi tau..
Fri 31-Jul-2009 08:51
Posted by:liza
lawa tul danish mewarna...

mcm pak ngah dia masa kecik kecik dulu gak
Sun 2-Aug-2009 14:22
Posted by:mr.jako84
Add comment


Thursday, 16-Jul-2009 03:50 Email | Share | | Bookmark
DANISH dan JEL RambuT



Ehemm..anak teruna ibu ni dah makin pandai bergaya tau. Setiap pagi lepas mandi..dia akan pastikan jel rambut abah di sapu di rambutnya.Lepas itu..dia akan sikat bagi kemas dan tunggu rambutnya keras.Jadi..takda sesapa boleh sentuh rambutnya sehingga rambutnya keras dan mengancam.
Tetapi...kekadang dah macam over pula...lepas mandi petang dia tetap akan sapu jel..walaupun dia nak tidur jap gi..kekekekek.... .Sekarang kiranya Danish tak nak pakai dah Jonson Baby punya minyak tu..dia kata kat TV minyak tu boleh sapu di kaki dan tangan.

P/s : Pakngah jangan jelas ya....pakngah takleh pakai jel rambut..sebab..pakngah takda rambut...Kalau Danish nampak Pakngah takda rambut..sure dia gelak sakan.

wakakakaka....ni nak tanya...ibu atau bb yg tergoda..kalau ibunya...pening ibu di umah ni.hehehee.... Thu 16-Jul-2009 06:45
Posted by:mela  - [Link]
nasib baik pak ngah dia botak, kalu tak balik kg mesti kena paw jel ngan danish... Fri 17-Jul-2009 01:21
Posted by:mr.jako84
uiii... bergaya sakan.. danish.. org bujang ... tu lom mintak rambut pacak lagik Thu 23-Jul-2009 13:13
Posted by:zairieza  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 16-Jul-2009 03:38 Email | Share | | Bookmark
Kepala Botak JAKo :laugh_at:



wakakaka....Sebenar - benarnya aku takda menda nak update. Kehilangan mood. Tapi bila nampak gambar kepala botak jako terasa ada idea pula nak ngutuk dia. Paling aku tak percaya, selama dia berkursus di pahang..sebulan lebih tak silap...itu ja ilmu yang dia paling paham. Dia dapat memahami asal usul Cipan secara luar biasa. Aku kagum pada kesabaran jako untuk menilai cicak menjadi cipan....tetapi terlalu kasihan pada tenaga pengajar..hanya inilah ilmu yang dia berjaya fahami.


mmm, sejuta ka 2 juta??? banyak gak nie...
see u in court... ooo berani cilok gambau tanpa kebenaran.
nie bleh masuk bawah akta hak cipta nie...
Fri 17-Jul-2009 01:18
Posted by:mr.jako84
aikk..dulu dah insaf..tak mau saman kakak sendiri..ni nak saman pulaa? Fri 17-Jul-2009 02:10
Posted by:mela  - [Link]
Add comment


Wednesday, 1-Jul-2009 03:21 Email | Share | | Bookmark
Sukan dalaman JPPH PERLIS



Minggu lepas JPPH Perlis mengadakan sukan dalaman, iaitu acara Karom.Sebelum nih pertandingan Badminton. Tinggal 2 acara lagi iaitu Dart dan Congkak. Sebenarnya aku dah terlalu lama tak main Karom nih, dah berbelas tahun.Tetiba terus ja masuk pertandingan.Memang hampeh..sampai undang-undang pun tak tahu. Yang aku tahu..aku nak jentik ja buah karom tu ..asal jalan.Kalau masuk memang nasib. . Tapi memang best sesangat.sampai sakit perut aku gelak.Nasib Kak An dan Kakti pandai main.Kalau harapkan aku dan Rina..memang kami tak tahu bila nak habis permainan tu.

mela...xsangka pandai jentik buah karom...ya
hahahaha....janji buah tu bergerak kira terror la ...
Wed 8-Jul-2009 00:58
Posted by:liza
hahahhaahahhaha...lawaknya...pandainya liza buat lawakkk Wed 8-Jul-2009 07:17
Posted by:mela  - [Link]
tu bukan buat lawak... tu perli namanya...
apa da mak cik nie, lambat pikap betul
Mon 13-Jul-2009 14:14
Posted by:mr.jako84
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 1-Jul-2009 03:04 Email | Share | | Bookmark
SeLAm@t PEngaNTin baru SUra@y@



Ni gambar kawan baik Jako.Jadi memang gambar ni khas untuk tatapan JaKo. Apa nak kata..kawan baik yang dulu merangkap jiran sebelah umah dah pun masuk alam lain..tapi jako..still sediri. Sian adik aku...yang dia tau..belai motor tu ja..tak bagi faedah pun. Bulan 7 JAko balik dari kursus. Moga dia dapat kawan baik..si monyet lam utan tu..

wahkakaka.....dia x baca ke komen nie????
owwwhhh lupa, laptop dia cik nyet pinjam.....
**baik betul bekawan yer!!!*** ajuk suara nenek dalam JPBlakang!!!
Tue 7-Jul-2009 03:55
Posted by:kacik
ish tembamnya budak tu...
woit dlm utan la best p betapa, tapi nasib la tak jumpa ngan gorila kat utan pahang tu...

Cam no tau ambo dpt kawan baik nih??? tapi bukan cik nyet aaa...
Mon 13-Jul-2009 14:10
Posted by:mr.jako84
Add comment


Wednesday, 24-Jun-2009 05:00 Email | Share | | Bookmark
..Perjalanan aku di Rantauan...



26 MEI lepas aku telah ditakdirkan untuk ke Bangi..mengikuti kursus GIS dan OS. Walaupun dengan rasa berat hati, aku tetap pergi juga.Terlalu lama rasanya..6 hari mengikuti kursus dan ditambah sabtu & ahad ..menjadikan jumlah hari aku berada di sana selama 8 hari, ditambah dengan 2 hari perjalanan pergi dan balik..fuh..memang memenatkan.
Alhamdulillah, aku rasa bersyukur dan amat berterima kasih pada sahabat-sahabat yang sedia membantu.Pada 26/05/2009 aku bertolak dari kangar ke Kajang..sekitar jam 6.30 petang..aku sampai di hentian bas Kajang ( first time aku turun situ ).Syukur..Ceedah sedia membantu. Datang menjemput aku di kajang dan menghantar aku ke Inspen. Selepas mendaftarkan diri di INSPEN, menunaikan solat maghrib, ceedah dan suami..membawa aku menikmati Satay Kajang.Fuh...sedapp...terima kasih ya ceedah.
Pada hari Sabtu dan ahad..Liza dan suami dengan senang hati datang menjemput aku dan bermalam di rumahnya.Alhamdulillah sekali lagi. Kalau tak..aku pasti mati akal..aku sorang ja peserta kursus wanita yg tinggal di situ.Makanan juga tidak disediakan....
Pagi ahad..aku balik awal ke INSPEN..dan kali ini..sahabat aku ..Rina dan Ina pula datang menghantar makanan tengah hari.Nasi Ayam Man Chongkam yang tersedap di Gombak.Restoran 24 jam.Memang sedap....Pada 3/06/09, hari terakhir aku berkursus..jadi memang aku tak nak tunggu lelama di INSPEN, malam tu juga aku balik perlis.Sekali lagi aku menyusahkan liza dan suami dia Fauzi.Mereka datang menjemput aku dan menghantar ke Stesen Bas Kajang.Tepat 10.10 mlm..bas pun bergerak.Rasa amat bersyukur di dalam hati,Allah telah mempermudahkan perjalanan aku dengan memberi sahabat-sahabat yang sedia membantu. Semoga Allah merahmati sahabat ku sekalian.Terima kasih ya semua.

Kat atas tu gambar kesayangan Liza. Puteranya Aniq dan keta kesanyangan dia yang memang cun.Berkenan aku tengok.

isyaallah..ada rezeki lebih..aku nak juga pi umah hang pula..tapi harap bukan kerana kursus la..bussan dah.. Wed 1-Jul-2009 05:16
Posted by:mela  - [Link]
Bgeitu rupanya perjalanan hang pi kursus ek?hahah..tercari2 gak nama2 kami ni..xde pung..ekekeke Wed 1-Jul-2009 06:38
Posted by:Fieza
heheheh..alohai cik fiza..patutnya aku tulis..ditemani kak Azlina dan feiza..tetapi..mereka ada sedara di sana.....huwaaaaa..... Wed 1-Jul-2009 08:39
Posted by:mela  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.