Want your
own Fotopage?












 
FamilY DAnish

By: DANISH HAFFIZ

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 20-May-2009 02:10 Email | Share | | Bookmark
Semoga Terus Berjaya dan Berjaya







15 Mei 2009...Majlis perpisahan Cik Ashidah Abdul Rashid berjalan dengan jayanya. Bahkan kami sepakat untuk memakai baju bewarna ungu..tak kisahla ton ungu tu cam mana pun. Cuma ada dua tiga org pegawai yg tiada baju warna tu dan ada yg tak tahu.Apapun..Tq kepada semua staf yang telah menjayakan majlis ni.
Pada hari yang sama..diajalankan majlis menyambut hari kelahiran bagi kakitangan yg dilahirkan dari Jan hingga pertengahan Mei.Tu gambar kek utk majlis perpisahan dan majlis harijadi.
Untuk cik ashidah..selamat maju jaya di tempat baru. Semoga terus dimurahkan rezeki dan berjaya terus berjaya.

hehe... nnt letak yer gbr jako botak... teringin lak beta nak tgk... Thu 11-Jun-2009 08:03
Posted by:syieda
mana2 xsabo nk nengok wakaka Fri 19-Jun-2009 09:00
Posted by:aku ryna
woit mak cik, botak jangan di sebut aaa... sensitip nie... Mon 13-Jul-2009 14:03
Posted by:mr.jako84
View all 14 comments Add comment


Thursday, 14-May-2009 03:12 Email | Share | | Bookmark
Cucu - cucu glamer di JPPH Perlis




Inilah wajah dua orang cucu glamer yang sering dibawa oleh nenek mereka ke sini sebelum dihantar ke nursery. Adib masih di bawah umur 1 tahun..dan najihah pula menghampiri 4 tahun.Najihah cucu kepada kerani kewangan dan Adib pula cucu seorang pelukis pelan. Dari kecil mereka selalu dibawa kesini..dan aku rasa..diaorang pun dah mengenali kami yang selalu mengusik dan mengambil peluang mencubit pipi gebu mereka..Kedua- dua mereka comel sangat. Najihah dah pandai posing..Adib pula...pantang orang meratib, pasti bergoyang badan dia.Konon nak ikut meratib la. Masa rina amik gambar ni..Najihah dah jadik model aksesori barangan plastesin yang direka khas oleh AKU. ..aku buat gelang tangan ja..tapi dia pula minta buat rantai leher dan tambah lagi rantai tangannya. Apapun dia memang suka pakai menda tu..siap pakai masuk mesyuarat bersama kami lagi. Tetiba ja aku menjadi glamer pagitu..sebab bermain plastesin dgn najihah

Care to comment?


Thursday, 7-May-2009 01:31 Email | Share | | Bookmark
** DIA **



Dia,
Antara insan yang amat ku kasihi,

Dia,
Kukenali pada tarikh keramat Hidup ku 08/12/2003
Di hari berbahagia aku, Dia datang melapor diri di JPPH,
Dan, pertama kali ku kenali dirinya, Dia bertandang di majlis perkahwinan ku,
Maka hubungan kami terjalin pada hari berbahagia aku dan bertempat di rumah aku sendiri.
08/12/1980 pula merupakan tarikh Lahir dirinya.
Rupanya..kami banyak berkongsi keistimewaan tarikh itu.

Tapi..
18/05/2009..merupakan detik perpisahan kami..
Dia,akan berada di tempat baru,suasana baru , sahabat baru, jawatan baru.

Dan,
Aku di sini..akan terus meniti hari tanpa sahabat setia seperti Dia.
Sukar ku cari ganti seorang sahabat setia, penyabar, sentiasa menjaga hati org lain,
sehingga..kesabaran itu meratah kembali hatinya.
Aku dan Dia..telah setia menjadi sahabat hampir 6 tahun lamanya.
Terlalu banyak kisah kami kongsi bersama.
Dia tahu siapa aku dan apa buruknya aku..
Namun..tidak pernah aku mendengar rungutanya.

Akak..
Sesungguhnya ..tiada lafaz dan kata-kata dapat saya ucapkan.
Akak begitu Istimewa..dan tidak akan dapat saya cari gantinya.
Dalam deru nafas ini..akak akan sentiasa ada di hati dan di lubuk jiwa ini.
Kehadiran akak sebagai pendengar dan pembimbing cukup saya hargai.
Kesabaran akak dalam kehidupan ini memberi saya kekuatan
Tapi kini, akak akan pergi, entah dari mana akan saya cari kekuatan itu.

Akak,
Seringkali akak bertanya pada diri ini,
Kenapa manusia yang tidak jujur dan tidak ikhlas dalam hidupnya seringkali menempuh kejayaan?
Tetapi akak,yang cuba melalui hidup ini dengan sejujur yang mampu..seringkali di duga ?
Sesungguhnya akak, Allah seringkali menguji keimanan seseorang manusia , dan manusia
yang diujinya adalah manusia yang di kasihiNYA. Dan di setiap kejadian pasti ada Hikmahnya.
Hari ini..segala perit yang akak lalui telah terbayar.Akak telah dimurahkan rezeki olehnya.Akak telah boleh tersenyum puas diatas balasan yang telah diberikan.

Akak,
Akhirkata..mungkin tidak mampu saya ucapkan..
Maafkan diri ini..Saya seringkali melukakan akak dengan lawak sewel.
Sering mengenakan akak yang berfikiran jujur...Saya tahu..6 tahun adalah tempoh yang cukup panjang untuk diri ini mengguris perasaan akak.Sejujurnya..MAAFKAN SAYA.
Maafkan saya..dan Maafkan saya. Akak adalah sejujurnya insan yg pernah mewarnai hidup ini.
Selamanya akak di hati ini.Jgn tinggalkan persahabatan kita dalam kesepian.




alamak...kena bawak brg basah sendirik ek...aku baru nak merasa ikan n sotong ayah hang...hihihi...

hehe..jgn mare...terkejut tgk gambaq ct..dah anak dara!terasa aku dah makin tua

kak syieda pindah aadk sini la ek...ingat pindah pi putrajaya nunnn...

weh hang tau dak semadong dok kalut demam chinkukunya...mcm salah ja aku eja...
Sat 9-May-2009 02:43
Posted by:cheedah cieqah@yahoo.com
jgn kata brang basah, sabut kering pun kena bawak... ,

semadong yang glamer kena chinkukunya... ish kaler ape la kukunya tu...

ermm ct ngan kak mela, sapa lagi tinggi??? dua duanya pendek ja kot
Mon 11-May-2009 00:18
Posted by:mr.jako84
Cedah : kak shida tak tau lagi laa..dapat AADK mana. Pandai pula ang kata peris no..
kalau perlis...syiok laaaa...
Jako: Siti still pendek dari aku laaaa...ang pun bukan tinggi mana
Tue 12-May-2009 00:04
Posted by:mela  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Thursday, 23-Apr-2009 03:21 Email | Share | | Bookmark
..TERtUNDA..



Seperti yang kami jangka..pembinaan mahligai impian..terpaksa dihentikan seketika.Sekarang peratusan kesiapan adalah pada 75%. Pembinaan yang tertinggal adalah bahagian kemasan lantai.Tingkap dan sliding door akan dipasang selewatnya pada minggu hadapan. Sekarang kami dalam proses memikirkan jenis material lantai yang ingin dipasang.Hafiz nak sangat pasang lantai Laminated, yang corak cam kayu tu. Tapi tahan ke lantai tu ar? ada sesapa pakai lantai tu tak? komen sket.

mn umah mr jako ek Thu 30-Apr-2009 00:20
Posted by:ryna nyra_ct@yahoo.com
perrgghhh.. ni nak kena pki gps ni kalo nak pi rmh mela.. hehehe Thu 7-May-2009 04:42
Posted by:syieda
kalu nak p... kalu dah kat dlm kena ikat tali sebelum masuk. senang nak cari jln keluar, buat panduan...

Lah tak nampak ka umah mr jako? haih tak lama la tu...
Mon 11-May-2009 08:17
Posted by:mr.jako84
View all 11 comments Add comment


Wednesday, 15-Apr-2009 02:19 Email | Share | | Bookmark
Danish Nak Pi Sekolah nii..



** Bangun Tidur Jam 6.45 Pagi
** Mandi..
** Ibu kena tolong siapkan..
** Danish tak nak sarapan ..minum air ja..dia kata kat sekolah cikgu bagi makan.
** Tok kena antar danish Pi sekolah.Danish tak suka ibu @ abah antar...nanti dia sedihhh..
** 11.30 pagi..Tok pi amik Danis..tapi..Kul 12.00 Baru leh balik...danish nak main sat. Sian tok..

waa...bab soal adik yang buatkan ibu danish nagis ni...nak sangatt..tunggu rezeki tu tiba nanti..insyaallah.. Thu 23-Apr-2009 06:52
Posted by:mela  - [Link]
[IMG]http://i731.photobucket.com/albums/ww311/mrjako84/image002.jpg[/IMG] agak agak jadik cam nie tak? Thu 23-Apr-2009 08:42
Posted by:mr.jako84
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai -----------> STOK BARU 4 MEI 2009

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....kita guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Mon 11-May-2009 04:28
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 23 comments Add comment


Thursday, 9-Apr-2009 05:08 Email | Share | | Bookmark
Jomm..Mai PERLIS..

Kampus Induk UNIMAP
Pintu Gerbang Dari Changlun
Burung Unta
View all 6 photos...

Ladang burung Kasawari -Padang Besar
Timah Tasoh - padang besar ( Stok Pekasam ikan Lampam, Puyu, Sepat )


Ladang Tebu Perlis.


Ladang Anggur - Batu Pahat Perlis.


Jeti Kuala Perlis - Hotel Brasmana - Dataran makanan Laut Kuala Perlis - Muzium Kota Kayang


Batu Pahat - Pusat Ekuin - Taman Herba

uish macam macam ada kat perlis ni no.... bila la nak leh p... Thu 9-Apr-2009 05:51
Posted by:mr.jako84
kt johor mn tmpat yg best Mon 13-Apr-2009 05:59
Posted by:ryna nyra_ct@yahoo.com
kat johor ni semua tempat best... tapi best lagi kat perlis... Mon 13-Apr-2009 08:51
Posted by:mr.jako84
Add comment


Wednesday, 1-Apr-2009 01:13 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perpisahan Puan Haslina 26 mac 2009


Afai..aku pakai tudung baru..yg aku beli kat ang ni..( promot ni )


Kak ina & pegawai yang lapar



Suasana semasa majlis berlangsung..

Pada mulanya..suasana ceria dan dipenuhi gelak ketawa, Apabila Puan Pengarah memulakan ucapan..dah mula terasa kesyahduan di jiwa. Pada mulanya..aku bertekad di dalam hati..tak akan ada air mata yang menitis hari ini, tetapi bila ja dengar suara kak ina yang serak-serak basah tu bercakap, terasa panas ja kat dalam mata ni.Aku dah cuba tahan, tapi takleh laaa....Selepas selesainya pengucapan awam yang meramas-ramas jiwa sedih oleh kak ina , maka tibalah pula masa untuk tayangan slide selama kak ina keja disini (guna movie maker ja). Diserikan pula dengan lagu dari Shila,Memori Tercipta dan lagu.Shade, Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal. Maka semakin lajula air yang turun dari kolam mata nih.Memang suasana syahdu-shahdan time tu.Tengokla gambar tu..memang nampak ramai yang sedang mengelap air mata. Maklumlah..yang pergi ni orang kesayangan pejabat.Selalu dapat anugerah pekerja galmor kat ofis. Yang paling sedih tentulah geng baiknya..Kak Ti. Turut merasai kesedihanya ialah ahli geng BERTUBUH. Team mereka diangotai oleh 4 orang kakitangan.Kak Ti, Pakcik Sham, Pakcik Botak dan Kak Ina sendiri.Gelaran kumpulan pun Kak Ina yang bagi. Kiranya Bos pun tiada halangan untuk membenarkan nama kumpulan ni digunakan. Jadi kalau ada kes masuk banyak atau ada kerja tambahan lain yang memerlukan bantuan, geng bertubuh ni pasti akan sedia membantu.Mereka ni macam kumpulan Power Ranges pula. Semuanya Baik hati dan mesra selalu,.Setelah pemergian Kak Ina, geng kumpulan Bertubuh agak sepi.Tiada lagi keceriaan yang dibawa oleh mereka. So kak ina..sampai kita jumpa lagi.

hempedu ngan hati tak sama ka??? :surprised: Tue 7-Apr-2009 08:50
Posted by:mr.jako84
hempedu ngan hati eja x sama, sebut x sama, bunyi pun x sama....
ada paham..???
dulu suh p skolah lari...
kan skrang dh jd KURANG pandai.....
mua ha ha
Thu 9-Apr-2009 04:20
Posted by:kacik mela_wannie@yahoo.com  - [Link]
oooo kesimpulannya hati=hempedu la?... eemmm kenapa rasa cam tak betul je...
nak buat cam na dah atlet lari pecut... mesti ar kena lari baru leh menang.
Thu 9-Apr-2009 04:44
Posted by:mr.jako84
View all 31 comments Add comment


Tuesday, 17-Mar-2009 07:35 Email | Share | | Bookmark
LAngkawi 2009





13 Mac aritu..tertunai gak impian aku untuk bawa mak, ayah dan adik-adik ke Langkawi. Kami di sana selama 3 hari 2 malam tetapi..tanpa kehadiran si semawi. Aku dah bagitau awal-awal..nak ke Langkawi..ambil la cuti cepat..tapi lembab..padan muka.Kena tinggai.Jangan nagis naa..nanti ang plak sponsor kami . Kali ni aku gunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk kakitangannya. Kami menginap di Federal Villa di bawah kawalselia Holiday Villa.Jadi..pada 13hb aritu..memang kami tak jumpa pintu masuk ke Federal Villa, rupanya..pintu masuk tu sekali ngn Holiday Villa.Siap call receptionis lagi..mana pintu nak masuk ke Federal Villa? ( Lawak ditengah hari ) http://www.bph.gov.my klik sini.
Jadi..melancong sekeluarga camni memang best..terutama bila semua nak sponsor sorang sikit..nak bagi mak dan ayah rasa bercuti tanpa kos.

aiks hamid ka tu? woi kak ni bukan gambaq mamat yang juai karpet tu ka? cam na leh ada kat sinin ni? Fri 3-Apr-2009 03:23
Posted by:mr.jako84
hehe mr jako jles r tuh Tue 7-Apr-2009 08:29
Posted by:ryna  - [Link]
mana ada jeles pun Tue 7-Apr-2009 08:48
Posted by:mr.jako84
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 17-Mar-2009 05:01 Email | Share | | Bookmark
** Bunga Kaseh **



Terlalu lama sebenarnya aku amik masa untuk jahit baju ni. Jadi..maaf ya Cik Fairuz.

X Bleyyyyy Wed 1-Apr-2009 03:24
Posted by:mr.jako84
aha..pakcik mawi sesuai..i setuju..biar sedar diri..bukan muda lagi wakakakakakakak Wed 1-Apr-2009 04:35
Posted by:mela  - [Link]
tak po tua den, maknanya mak cik lagi bertambah tuo la Wed 1-Apr-2009 04:50
Posted by:mr.jako84
View all 13 comments Add comment


Thursday, 12-Mar-2009 07:18 Email | Share | | Bookmark
Seminar Jalur Lebar dan Radiasi Pemancar Radio



hari ini..12 Mac 2009, aku dan Kak An, Kak Kima, Kak Sharom ,Nasir & Hafiz dikerahkan untuk mengahadiri seminar di Dewan Warisan untuk mendengar taklimat tentang kesan radiasi ni. Permulaan pembentangan..aku dah mula lali selepas 5 minit ceramah bermula..sebabnya dia baca teks saja.Jenuh aku bertahan..terasa cam jam tak bergerak pun ada. Pastu tukar penceramah kedua..aku ingat ok..rupanya..terlalu laju la pula. Dia deberi masa 40 minit, tapi tak silap aku ..lam 20 minit dah abih dah..Okla..dia sudah awal.Pastu masuk penceramah yang ke-3. Haaa...penceramah ni baru OK. Maklumlam..Orang kuat dari Agensi Nuklear Malaysia.Terbuka sikit biji mata aku bila dengar dia terang. Banyak Info yang aku dapat, sesuatu yang aku tak tahu sebelum ni. Jadi kalau ko rang rajin..masuk web ni http://www.rfrad.gov.my baca sendiri la yer.

mantop la seminar dia..baguih2// Fri 13-Mar-2009 03:01
Posted by:afairuz  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.