Want your
own Fotopage?












 
FamilY DAnish

By: DANISH HAFFIZ

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Thursday, 12-Mar-2009 06:59 Email | Share | | Bookmark
Selamat Pengantin Baru Wan Zetil Aida & Ghazali



Meh aku kenalkan pada korang semua..inilah kakak angkat aku yang mengalami masalah susah nak tangkap gambar. Memang dari zaman sekolah lagi..dia tak reti nak posing tuk tangkap gambar.Kalau nak tangkap gambar..mesti dia lari..jadi namanya bukan tangkap gambar lagi..tapi sesi tangkap intan (nama manjaaa) utk tangkap gambaq. Suami dia relaks ja..spoting..senang nak amik gambaq.Apala kak wan ni..lemah..

Masa kenduri ni, 8 Mac 2009..dia sebenarnya dah pun pegnent. Bak kata orang dulu-dulu..bunting pelamin la..sebab dia dah akad nikah lama dah.iaitu masa cina duk sibuk raya haritu..dia pun sibuk juga nak nikah..Alhamdulillah..murah rezeki dia dan suami. Aku harap..kakak aku yang sorang ni..terus bahagia dan sabar dalam menempuhi alam perkahwinan ni. Walaupun kita dah ada keluarga masing- masing..harap kita still macam dulu ya kak...Kakak la sesatunya kakak yang saya senang nak buli.

Ni kalo kak intan hang tau neh, habeh laaa hangg mela oiii ... hahahahaha!!
Memang masalah sungguh nak possing budak neh .. keskeskes!
Wed 15-Apr-2009 09:19
Posted by:Kak Liah dana_235@yahoo.com
wakakakakak dah betul..dia takleh marah maa... Thu 23-Apr-2009 09:12
Posted by:mela  - [Link]
Add comment


Friday, 6-Mar-2009 04:59 Email | Share | | Bookmark
** Sahabat **



Akhirnya..sesuatu yang pasti berlaku..berlaku jua. Setiap Pertemuan, pasti ada perpisahan. Staf Kesayangan JPPH Perlis, kak Ina ( Tudung Cokelat ) telah mendapat jawatan baru dan berpindah ke JKR Kangar. Sesiapa sahaja yang mengenalinya..pasti tidak akan melupakanya. Seorang wanita yang cukup ceria dan gembira. Sentiasa membahagiakan hati orang lain, walaupun ketika diri dirundung derita. Baginya..selagi diri mampu menolong..pasti tiada alasan untuknya tidak menolong.Dia juga mampu mengubah susana..kini kami di JPPH bagaikan baru diserang penyakit sepi. Terasa kehilangan dan kesepian. Sesungguhnya, kak Ina harus tahu..Kami Semua Sayangkan Akak untuk selamanya.

ait mr jako ecok nk lik nek mto jg2 ek takut toyol tumpang kt blakang Fri 20-Mar-2009 08:29
Posted by:ryna nyra_ct@yahoo.com
ee...seram..toyol duk kat tengkuk
Fri 20-Mar-2009 09:19
Posted by:mela  - [Link]
wooo toyol dok kat tengkuk ye... patut la tak dak awek nak pandang ari tu... Sun 29-Mar-2009 13:35
Posted by:mr.jako84
View all 11 comments Add comment


Monday, 2-Mar-2009 09:16 Email | Share | | Bookmark
JACK sapa punyaa ??



Diperkenalkan..ini Jack. Kucing Family aku. Hamid kata Jack ni kucing dia..tapi , dia malas bagi makan..dan Jack pula..suka makan. Kalau tak bagi makanan kat dia..habis kaki kena gigit. Masalahnya..ramai pula ngaku kucing ni hak milik mereka..Mawi..Wani..Hamid ..Siti dan Danish pun tak terkecuali mengaku..kucing ni kepunyaan dia..masalahnya..yang bagi kucing ni makan..mak jer.

Ampa tau dak..kucing ni..memang ensem..tapi sombong nak mampus..nak pegang dia pun susah...time dia lapaq ja...buat-buat manja. Wed 4-Mar-2009 05:11
Posted by:mela  - [Link]
nie kacik yg punya.....time blik keja ja >mesti jack mai sambut< dpan pintu...
my jack....my jacky.... <--------------- apa ingat ang ringan ka??? cuba bayangkan kalu kucing tu sambut ang, maunya tepenyek laaaaaa... berat tu...
Tue 10-Mar-2009 14:33
Posted by:mr.jako84
yang sebenornye...kucing ni abg yang bagi nama 'JACK' hahahaha
pasai dulu kucing kita nama 'OGGY'...jd kawan si oggy ni ialah jack...lam cita oggi & chrokoces tuuu...
Thu 23-Apr-2009 05:28
Posted by:haffiz x_peaces28@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


Friday, 27-Feb-2009 02:54 Email | Share | | Bookmark
Hari Q ** women Team **



Kumpulan ini terbina semasa sambutan Hari Q di JPPH Perlis. Buat benda-benda yang dah lama tak buat. Bos kata ..hias pejabat..susah tu nak menghias..office bukan cam lam kelas masa belajar dulu. Kat ofis sepah ngn fail penting..silap kemas hilang fail..Apapun oklaa..mengeratkan lagi hubungan sesama Staff. Team kami paling special..sebab semua bunga..tiada sekor pun kumbang yang tersesat.Jadi..kalau ada keja berat..terpaksa la meminjam kumbang dari kumpulan lain.

eh..u team lain kan? apapasal nyibukni...curi idea ya?
Tue 3-Mar-2009 03:25
Posted by:mela  - [Link]
Kat ofis sepah ngn fail penting..silap kemas hilang fail.. <----- Fail ilang tu mungkin la... tapi bila suh cuci je staff plak yang ilang... Ni yang bos slalu penin ni... Tue 3-Mar-2009 12:34
Posted by:mr.jako84
eh..jako cam banyak pengalaman pula ..bab menghilangkan diri ni no ? Wed 4-Mar-2009 00:02
Posted by:mela  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 27-Feb-2009 01:50 Email | Share | | Bookmark
Kenangan terakhir Oggy



** Oggy telah menghilangkan diri hampir sebulan lamanya**



** meninggalkan sejuta kenangan pada anak-anaknya **



** Tiger..mewarisi wajah & tingkah laku Oggy **



** satu-satunya anak jantan Oggy - Oren **



** kabu - mewarisi rupa si bapa **



** Itam ( dari kanan ) - terlalu aktif , nak tangkap gambar pun susah **

Oggy menghilangkan diri beberapa minggu selepas kematian Emon (kucing kesayangan mertua). Mungkin Oggy mencari Emon..tidak dapat kami pastikan..tetapi semasa Emon sakit..Oggy tetap setia menanti Emon. Di hujung hayat Emon..Dia dibiarkan berada bebas di luar rumah pada siang hari sehinggalah ke hari kematiannya,dan dalam tempoh itu, Oggy setia menanti..Ketika Emon dalam keadaan nazak, Oggy berulang masuk ke dalam rumah..menangis pada kami..mungkin ingin menyatakan sesuatu..kemudian..dia akan keluar untuk menemani Emon kembali.
Oggy adalah ibu yang cukup baik. Setiap kali makanan diberi..dia akan pastikan semua anaknya makan terlebih dahulu..barulah sisanya akan dimakan. Jika kami memberi ikan segar..dia pasti akan mengigit ikan itu dan membawa kepada anak-anaknya..jika kesemua anaknya telah mandapat bahagian masing-masing, barulah dia akan makan. manalah Oggy pergi ni ?

wa....leh masuk channel national geographic....
dia g mencari erti idup yg ilang kot...
Mon 2-Mar-2009 06:10
Posted by:kacik
Add comment


Thursday, 19-Feb-2009 06:57 Email | Share | | Bookmark
Siti eksident pulak !


hahaha bengkak oooo.... tu la tgn tu gatai sangat nak pulas minyak... Wed 25-Feb-2009 16:03
Posted by:mr.jako84
minyak leh pulas kaa???? Thu 26-Feb-2009 06:20
Posted by:mela  - [Link]
boleh la, tak caya try tgk... Tue 3-Mar-2009 12:25
Posted by:mr.jako84
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 11-Feb-2009 07:40 Email | Share | | Bookmark
Ira di hari perkahwinan

Alhamdulillah..akhirnya Ira bertemu jua teman baru untuk mengisi kekosongan hati. Sebelum ini..perkahwinan pertama hanya mampu bertahan untuk 3 tahun.semoga kali ini..jodohnya hingga ke akhir hayat. Perkahwinan pertama berlandaskan cinta dan kasih ..namun dah ditetapkan oleh Allah..setelah berusaha untuk mempertahankannya..perpisahan adalah jalan terbaik.Teman baru Ira juga mempunya kisah sendiri..sebenarnya di hatinya telah ada Ira semenjak kali pertama memandangnya..namun apabila mengigati status dirinya sebagai Duda beranak dua, hasrat di hati hanya dipendam.Pada ketika itu..Ira pula masih berstatus dara.
Betul la kata pepatah..jika dah jodoh, pasti tidak akan kemana..setelah mengetahui rumah tangga ira musnah di tengah jalan..dia memberanikan diri untuk mencuba nasib..dan setelah dua tahun..akhirnya..Ira menjadi miliknya jua.



Ira bersama suami dan anak gadisnya



Rombongan dari Pihak Pompuan Ke umah pihak lelaki. Besar juga majlisnya.


Lawo lagi moto den ni aaaaa.... ijau gak kalernya... Tue 3-Mar-2009 12:43
Posted by:mr.jako84
alahai..beli motor wana ijau..tak rock langsung Wed 4-Mar-2009 00:08
Posted by:mela  - [Link]
cuba bayangkan kalu rock tu mendarat atas kepala ang ngan halaju yang tinggi... apa jadi agaknya yer? Tue 10-Mar-2009 14:37
Posted by:mr.jako84
View all 4 comments Add comment


Friday, 6-Feb-2009 03:30 Email | Share | | Bookmark
Majalah Kesukaan Danish



Ni majalah yang selalu aku belikan untuk Danish. Dan Danish pun memang suka menyiapkan kerja lam majalah ni.Selalunya kalau aku beli harini..esok dah siap dia buat..memang dia takleh baca lagi..tapi dia suka bertanya..macam mana dia nak buat. Jadi selagi buku tu belum disiapkan..dia memang tak bagi aku buat keja lain..ajar , dan ceritakan apa yang ada lam buku tu untuk dia. Buku tu pun murah cuma RM2, Walaupun murah, tapi kualiti isi dan kertas cukup bagus.So kengkawan ..try la beli. Aku pun leh belajar bahasa arab sama..sepatah perkataan untuk setiap keluaran.

teyh nak baca gak...... alip ba ta sa.....
esok sambung la....
Wed 11-Feb-2009 08:40
Posted by:kacik mela_wannie@yahoo.com
ala kalu takat reti alif ba ta ja ckap je la.... alasan je smua tu nak sambung esok la... Tue 10-Mar-2009 14:41
Posted by:mr.jako84
Add comment


Thursday, 29-Jan-2009 04:17 Email | Share | | Bookmark
Manik ijau dan purpel tuk Cikgu Lia



Sutera hijau ni Cikgu Lia nak aku buatkan di badan baju dan di hujung lengan. Dia nak jenis yang menjalar di hujung lengan, dan di badan baju..dia serahkan ja pada aku. Jadi pada badan baju..aku jahit sekeliling bunga Orkid (anak aku kata cam ulat manik tu..sebab tak putus-putus) Bunga orkid tu cantik ..tapi dia banyak lekuk..maklumlah orkid kan..dan kepala aku pun cam berlekuk gak nak ikut line orkid tu.



Untuk sutera Purple ni pula..cikgu cuma nak aku jahit sesuatu agar hujung lengan dia berat. Jadi..anak-anak murid semua nanti..jgn bersilau mata tengok cikgu Lia menulis ya.

Sowyy..gambar tak clear..aku snap guna HP. Masa aku nak amik guna kamera yang cun tuh..tetiba ja dia Off...rupanya aku lupa cas bateri..Hampes ja..

Care to comment?


Tuesday, 6-Jan-2009 08:56 Email | Share | | Bookmark
1 Muharam 1430 Hijrah



Tahun ini sekali lagi sambutan 1 Muharam diraikan oleh kakitangan JPPH Perlis. Maknanya..kami dapat baju baru lagi . Pagi tu bersamaan 29 Disember 2008, tepat jam 7.30 pagi kami dah berkumpul di dataran Dewan 2020. Kalau ikut jadual yang aku tengok..sepatutnya pukul 9.00 pagi..kami dah berlarak masuk ke Dewan..tetapi malangnya lambat...huwaaaaa !!! aku dah mula lapaq. Selepas masuk dewan..majlis pun bermula..dan aku semakin lapar..memang tak tahan, dari pagi tak makan. Kebetulan time tu..suami aku dah tunggu kat luar, kami ada planing lain..hari cuti katakan. Dan aku dengan semangat melangkah ke pintu dewan namun..huk..huk..pintu dewan kena tutup. Pengiring raja tunggu di pintu..Huwaaaaaa..jam dah dekat 11.00 pg dah.aku lapar. Aku pun mintala si penjaga pintu..tlg buka..dia tak bagi..dia kata nanti raja marah...Alahaii..aku lapar ni, tetiba..entah insan mana berjaya membuka pintu tu..apalagi..aku pun menyelinap, fuh berjaya..tapi di luar..aku berjalan sambil pegang kepala.Lapar tahap kebulur ..sampai sakit kepala..Apapun..memang tak baik tinggalkan majlis sebelum habis..Tapi aku LAPAR!!!.

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.