Want your
own Fotopage?












 
FamilY DAnish

By: DANISH HAFFIZ

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 31-Dec-2008 05:08 Email | Share | | Bookmark
In Renovation

Pandangan belakang
Hadapan
Bilik tidur


Fuhhh.....hampir berdebu fotopages aku nih. Semenjak dua mejnak nih..cam tak semangat ja nak update.

Tapi kali nih memang buatkan aku rasa nak buh ..ni gambar umah kami sedang dibuat pengubahsuaian. Akhirnya tercapai gak impian kami nak duk umah sendiri..Dijangka bulan dua nih..dah leh siap.Tapi lam tempoh ni..takleh la aku nak shoping ikut sesedap hati ja. Kena ingat..takut tak cukup budget nak buat pengubahsuaian nih...Jadi sebarang perancangan nak membeli ..kena di hentikan seketika...Tak sabar aku nak tengok hasilnya selepas ubah suai..Sekarang nih..bilik tidur dah siap..3 bilik..ruang tamu utama dan kedua pun dah siap dipisahkan..bilik air belum lagi ..dan bumbung pun belum dibuka lagi..Semoga urusan ini dipermudahkan.

taniah, dah dapat duduk umah baru.....
umah dah ada, bila lagi nak tambah ahli baru....
Sun 25-Jan-2009 01:14
Posted by:org trg
org trg : lamanya tak nampak org trg ni....pi mana? takda umah baru la...renovate umah lama ja..nanti jemput mai tau.Org trg dulu la bawa orang baru... Thu 29-Jan-2009 06:24
Posted by:mela  - [Link]
eh eh.....lwanya umah dier....
tingkap ader corak woooo.....
pkai cermin telus orang ek...?
Wed 11-Feb-2009 08:07
Posted by:kacik mela_wannie@yahoo.com
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 11-Nov-2008 05:51 Email | Share | | Bookmark
~ Bercuti di Batu Feringghi Pulau Pinang ~

Kali ini kami menginap di Lone Pine Hotel..saja nak test tempat baru..dah 2 kali kami bercuti di sana..tetapi sebelum nih kami menyewa di Hydro Majesty Hotel. Beza dua hotel ni banyak juga..Hydro Majesti terletak di atas bukit..dan untuk ke laut perlu menyeberangi jalan, manakala Lone Pine hotel pula terletak betul-betul di atas pasir dan menghadap laut. Untuk lebih merasai nikmat tidur di hadapan pantai..kami pun sewa Superior Room. Bilik ni mengadap laut dan Kolam mandi.mempunyai balkoni tersendiri..so ..pendek kata..memang puas menjamu mata.Makanan di Lone Pine Hotel pun memang sedap..aku memang suka makan kalau bercuti..balik bercuti..kena la kontrol balik.
Apapun..benda yang paling aku suka bila bercuti adalah melihat kegembiraan Danish. Dia la yang paling best...Kalau dulu masa pi Penang, Danish kecik lagi dan tak faham lagi apa yang dia tengok.Sekarang dia dah faham..jadi percutian lagi best.Banyak benda yang dia nak tahu.Paling bagus bila dia dapat tengok serangga kat Taman rama-rama tu.Dia naik hairan bila tengok benda yang tak pernah dia nampak.Jadi, memang nampak sangat dia teruja tengok benda-benda tu.Siap berbunyi Wahhh...Amboiii...(kuat pulak tu),.Memang lawakla Danish.Tu yang buatkan aku suka menunjukkan sesuatu yang baru pada dia.Memang tak akan mengecewakan.

KAMI



LONE PINE HOTEL



TMN RAMA-RAMA / TOYS MUZIUM / TMN BOTANI




cam laju plak menaip bila dah pakai LAPTOP BARU nie... hehe Fri 28-Nov-2008 00:07
Posted by:mr.jako84
Alahaii..kalu setakat laptop 3000 tu..takyah bisisng la..Niwalaupun selalu bercuti di penang..tapi tak semua hotel duduk lagi tau. Desaru,..ok gak..tapi kami nak pi bukit tinggi dulu Mon 1-Dec-2008 00:36
Posted by:mela  - [Link]
ok la tu ada gak lap top... bukit tinggi buat apa selalu kena gempa bumi.... Mon 1-Dec-2008 08:04
Posted by:mr.jako84
View all 10 comments Add comment


Wednesday, 29-Oct-2008 00:50 Email | Share | | Bookmark
## BERBAKTI KEPADA TANAH ##



Gambar ni aku ambil masa hari raya lepas.Entah kenapa tetiba rasa nak ambil gambar hasil tanaman yang emak dan ayah aku tanam sekadar suka-suka.Sekadar nak bagi ruang belakang rumah menjadi redup dan dipenuhi pokok hijau.Sekarang semua hasil tanaman suka-suka dan secara tak sengaja tu membuahkan hasil.Boleh dikutip hasilnya dan dirasai. Hasil yang paling best adalah buah Anggur tu.Sebenarnya mak aku tak tanam pun pokok tu..biji benih tu dibuang sahaja kat situ..dan rezeki dari Allah..pokok tu hidup..mak pun tak tahu pokok apa..tetapi dia menjalar bersama pokok peria..suatu hari..mak rasa nak buang pokok tu sebab mengganggu pembesaran pokok perianya..tetapi..ternampak macam buah anggur.Bila tengok betul-betul..memang buah anggur. Gambar tu buah sulung Anggur tu..tiga biji ja..hasil pertama.Maklumla..pokok tu hanya menumpang di pokok peria dan memang tak dibajai mengikut keperluanya.
Sebenarnya..banyak lagi pokok lain kat belakang rumah..pokok paling besar..ayah aku tanam..pokok kelapa..pokok durian..mempelam..rebung madu..belimbing..belimbing asam..pokok mata kucing..pokok Naga.Pokok Durian sahaja yang belum membuahkan hasil. Manakala pokok kecil untuk masakan, ulaman dan kesihatan pula..pokok peria..ulam pegaga..pokok inai..pokok sireh..pokok kunyit..pokok halia dan serai.Aku rasa ada lagi nih..tapi aku tak ingat. Apapun..kalau kita berbudi pada tanah..pasti ada hasilnya. Insyaallah..jika diizinkan oleh Allah..2 tahun akan datang..aku pulak akan menikmati buah Mempelam Harum Manis . Pokok yang suami aku tanam sendiri lebih kurang 20pokok.Insyaallah nak tambah lagi.Semoga murah rezeki kami.

Care to comment?


Friday, 24-Oct-2008 08:16 Email | Share | | Bookmark
** AIDILFITRI DI JPPH PERLIS **

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA KAKITANGAN JPPH DI MALAYSIA


amboi makan sakan hampa no.... Fri 24-Oct-2008 08:33
Posted by:liza
Add comment


Friday, 24-Oct-2008 02:13 Email | Share | | Bookmark
~ Edisi selepas Raya ~



Manik untuk hari kenduri pula..Baju Kak Tie (teman seofis) ni spesis yang terlalu lembut.Untuk elakkan manik tu melendut..aku lekatkan kain gam kat hujung tangan dan di leher.Alhamdulillah..lepas dah lekat tu...manik dah mahu duduk diam dan nampak lebih kemas.Apapun...gambar tetap kabur...kamera HP katakan...nanti ada modal lebih..aku nak angkut gakla kamera yang leh zoom tu.Baru nampak clear manik tu.Kalau tak..aku rasakan mata aku yang masalah.

wei geng..teruja aku ngan jahitan manik hang..pasni aku nk tempah laks.. Fri 14-Nov-2008 07:15
Posted by:afairuz  - [Link]
afai: opss...mana leh tok guru amik upah dari student nih...takleh..student takut maa... Fri 14-Nov-2008 07:47
Posted by:mela  - [Link]
Add comment


Tuesday, 14-Oct-2008 03:23 Email | Share | | Bookmark
** Bakal Ibu **

Quote:
Tak lama lagi Oggy bakal menjadik ibu. Semenjak bunting nih..Oggy menjadik terlalu kuat makan. Selalu nak makan. Dahla perut buncit..bertambah buncit jadinya. Aku tak dapat nak mengagak berapa ekor lam perut dia. Tapi Danish kata ada 5 ekor. Entahla macam mana dia tahu.Walaupun dah sarat bunting tu..tapi Oggy macam tak sedar diri..melompat-lompat lagi. Berlari macam ketika kecil dulu..tapi lepas tu dia akan duduk diam..mesti penat. Satu lagi sekarang nih..Oggy selalu lepak kat tepi bilik air, aku rasa dia tak tahan panas.Walaubagaimanapun..setiap malam pasti ada lipas yang akan mati di kaki tangan Oggy.Tugas menangkap lipas tetap diteruskan.Mungkin selepas ini , Oggy akan menurunkan petua menagkap lipas pada anak-anaknya.



comeynyerrrr... isk.. perangai oggy sama mcm perangai kucing akk si mot.. dia pun suka tangkap lipas.. dgn binatang lain dia x heran pun.. pandai si danish meneka 5 ekor yer... Wed 15-Oct-2008 06:55
Posted by:syieda
Add comment


Friday, 10-Oct-2008 07:36 Email | Share | | Bookmark
~ Baju raya dan Manik ~




Baju cik siti..cik wani..dan baju aku...Nasib aku sempat jahit gak tuk baju sendiri.Tapi memang simple..kat lengan ja.Tempat lain tak sempat. Tapi yang penting...baju aku ada manik di hari raya

wei..okla tuh..ada gak manik..aku nih hah..tak dan nk wat perabis.. Fri 14-Nov-2008 07:38
Posted by:afairuz  - [Link]
Add comment


Friday, 10-Oct-2008 07:10 Email | Share | | Bookmark
Danish pun nak raya



Raya tahun ni masih di umah mertua.Maklumla..jarak umah aku ngn umah mertua tak sampai 10 menit pun kalau naik keta. Harap tahun depan..dimurahkan rezeki..bolehla beraya di rumah sendiri. Tahun ni Danish semakin seronok kutip duit raya.Maklumlah..dua orang bapa saudaranya dah dapat keja..dah ada pendapatan.Jadik dapat la duit lebih sikit.

Care to comment?


Wednesday, 24-Sep-2008 08:08 Email | Share | | Bookmark
~ CINTA KU ~




Aduh...sungguh menyentuh perasaan patik....huhu..!!

Thu 25-Sep-2008 00:56
Posted by:5ruze puteri_5ruze@yahoo.com.my
selamat hari raya my dearie frend..
semoga ceria disamping keluarga..
take care arr..ko pun kawan yang best..luv u la..
meh amik kad raya kat umah aku..
Fri 26-Sep-2008 03:29
Posted by:afairuz  - [Link]
Add comment


Wednesday, 24-Sep-2008 01:44 Email | Share | | Bookmark
Piramid cinta dan mawar merah utk Rina

mawar merah
mawarr
 
Quote:
Manik piramid...dan mawar merah untuk cik rina..Nampaknya melaram sakan la cik rina raya tahun nih. Hope cik rina puas ati yer ..


Manik Piramid



mawar merah














haha bju raya ku dh glamor dlm blog lak.. Thu 25-Sep-2008 01:40
Posted by:ryna_chemy nyra_ct@yahoo.com
tq k.mela tercpai gak niat nk pkai bju jaitan manik mu. Thu 25-Sep-2008 01:42
Posted by:ryna_chemy nyra_ct@yahoo.com
woi masa aku bukak ang punya fotopages nh aku terlihat ang sambut besday ank ang...so aku pun teringin gak nk beli hadiah yg besaq mcm ang bg kt ank aku sempena besday yg keempat pd 23/10/2008 nh... Wed 22-Oct-2008 08:18
Posted by:linda adnilza_yusri@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.