Sekali lagi kami bercuti di Cameron Highlands. :-D kali ni bersekali dengan Meeting Perancangan Strategik Mikroelektronik UNIMAP. Walaupun under UNIMAP, tetapi aktiviti keluarga adalah bebas. Diorang pun ada meeting waktu pagi ja..petang..semua bebas.Jadi sesapa yang pergi sendiri..cam kami..memang syok ronda kat atas cameron tu. 5 hari 4 malam,memang puas sesangat. Kami menginap di Heritage Hotel..makanan untuk family disediakan, 3 kali sehari. Bosan pula selama 5 hari makan makanan Hotel.Jadi sekali sekala memang kami makan kat luar.Kalau dah tengah on the way meronda tu..kami singgah makan kat kedai ja.
Pada malam terakhir, diadakan majlis makan malam untuk Staf Mikroe UNIMAP bersama ahli keluarga.Ada cabutan bertuah dan anyaman ketupan menggunakan reben.Hampeh..aku tak pandai buat, tetapi dapat juga sagu hati.Hadiah cabutan bertuah pun ok..bekas isi lauk..3 lopak tu..siap ngn tray dia.Bekas kaca...cantik.Bleh aku guna raya nanti ( di umah sendiri la  ;-) ) Danish lak dapat hamper kecik..ada bisku, cokelat bar dan air kotak.Dia pun gembira dapat adiah. :-D 
Alhamdulillah..akhirnya tercapai gak impian aku nak ambil gambar sekeluarga.Gambar ni pun diambil pada malam raya Aidiladha.Pagi raya memang tak sempat ambil.Memasing sibuk dengan agenda nak berjalan.
Meh aku kenalkan ahli keluarga yang paling kusayangi. Duduk di hadapan..mestilah Mak dan Ayah aku.Yang sentiasa ngn aksi tu..Danish la. Berdiri dari kiri..adik aku yang paling kecil..Masturina (siti, kuat merajuk ni ).Kemudian..Abdul Hamid ( amid, selalu perasan hensem )..yang di tengah tu..kekasih hati aku..makin berisi..namun..tetap aku sayang :flowers: Love u. Berbaju merah dan hampir menyamai saiz abang iparnya...ialah Asmawi ( tu la jako byk komen ).Sebelah jako..ehem..takyah kenalkan la..aku la..kakak kesayangan diorang ( sebab rahsia diorang semua lam tangan aku , wakakakaak..). Sebelah aku tu..ayu berbaju baru..adik aku no 3.Nama dia Melawani (wani/kak chik). Kekadang memang suka melawan.Dia ni byk cakap..semua org dia nak kawan. Apapun ..mereka semua adalah permata di hati aku. Aku tidak ingin sesekali mereka di sakiti. 
Semoga kasih sayang kita sekeluarga akan tetap erat dan semakin erat. Susah dan senang..kita harungi bersama.Jangan sesekali kita buat Mak dan Ayah menagis key.Ini pesanan dari kak yg sayang sangat ngn adik-adiknya. Dan satu gi nak pesan..sebab adik-adik dah besar..Hope nanti dapat jodoh yang sekepala ngn kita semua ya..tahan lawak dan tak penting diri sendiri.Tahan lasak cam abg Haffiz ya. :-> ]]></description>
Dah lama aku tak update fotopages ni.Maklumla..sibuk sikit ngn business yang aku dan ceedah baru mulakan.Buat permulaan kami hanya menjual tudung..insyaallah..lepas ni..ada lagi benda lain akan kami cuba jual.Jadi..jengukla ke sini yaa http://blogshophopper.blogspot.com/
Alhamdulillah..pagi tadi pada jam 11.00pagi..selesai sudah majlis Konvokesyen untuk PRA sekolah seluruh negeri Perlis.Majlis bertempat di Dewan 2020, melibatkan 86 buah PRA Sekolah.Memang riuh jadinya apabila lebih 1800 orang kanak-kanak berusia diantara 5 - 6 tahun berkumpul.Macam-macam ragam dapat dilihat.Pening kalau aku yang jadi cikgu sekolah PRA ni.Majlis bermula jam 9.00 pagi..dan nasib kami agak baik kali ni apabila tersenarai sebagai kumpulan ke 29 untuk menerima sijil.Mengikut kata Cikgu Masniah, pada tahun lepas..PRA Sekolah Sungai Baru telah berada di senarai ke 50.Dapat aku bayangkan kalau kami terpaksa menunggu selama tu.
Gambar kat atas tu aku snap ngn HP ja.Masa ni Danish dah selesai majlis dia..jadi sekarang masa bergambar cam budak U tu.Untuk gambar yang cun dari cameraman pro..aku belum dapat.Semua masih ada pada cikgu.Nanti dah dapat..aku try upload.
Nila First time aku ke rumah Eiza setelah dia berpindah ke kuaters Maktab Perguruan Perlis.Sebelum ni diorang tinggal kat kuarters IKBN Kuala Perlis.Disebab kan Atar dah dapat naik pangkat..maka sahabat aku ni terpaksala pindah umah dan berjauhan dari suaminya. Semoga lepas ni rezeki Eiza pula akan sampai dan berpindah ke tempat yang lebih hampir ngn Atar.
Jumaat lepas, aku dan Aton sepakat nak gi makan tengah hari di umah Eiza.Jadi kita orang pun beli ja lauk kat kedai makan tu.Kedai Monggol namanya.Eiza pula siap masak nasi menunggu kami dan siap ambil anak-anaknya.Sebabnya aku la memaksa Eiza gi ambil Iris.Aku belum pernah jumpa anak dara kecik ni.Dah 6 bulan pun umurnya. Maafla..auntie ni tak sempat nak gi.Geram aku tengok pipinya.Mata cukup bulat.Cute.Semoga Iris sihat dan abg Hariz jaga adik bebaik ya.]]></description>
Ini adalah sebahagian geng ofis yang beraya sakan.Suka sangat bila dapat makan bebanyak ni. Alhamdulillah, jemputan yang datang pun ramai.Dan ada juga makanan yang tak habis..maka jadinya upacara tapau menapau masa jam 4 petang.
Senarai menu boleh tahan tuk tahun ni..antaranya ..Nasi Tomato, Laksa , Sate, Nasi Impit, Ketupat dan Rendang, Bihun Goreng, Popia isi ketam (beso) ,Coctail dan berbagai jenis pencuci mulut. Pendek dan panjang kata..memang tak abis makan.]]></description>
Aku tak pasti sebenarnya pencuci mulut ni nama apa.Sebab bahan dia masukkan susu pekat dan gula merah..maka..nama tu la aku letak. Agar - agar ni aku buat khas untuk di bawa ke ofis sempena sambutan hari raya minggu lepas. Benda paling mudah dan murah untuk dibuat. Bahan pun simple..rasa dia oklaa.Rasa gula merah. Jadi takla manis macam kita guna gula pasir.Dan susu pekat tu pula jadi penambah rasa sampingannya.Bila dah potong..jadi lagi cantik.Berkotak-kotak ngn warna putih.Apapun ..anak aku suka. :-> ]]></description>
Persediaan raya untuk tahun ni terasa kurang meriah.Maklumla kali ni kesibukkan kami tidak diserikan dengan suara bising kak ina. Walaubagai mana pun , kami tetap buat ketupat daun palas seperti biasa.Bergotong-royong di pejabat.Dan tok ketua memasak pula memasak 4 jenis makanan lain di rumahnya.Memang dasyat la kak tie. Tabik spring. Gambar pun sikit ja..untuk sambutan nanti, aku upload gambar lain.]]></description>
Ahad lepas, 27/09/09 kami sekeluarga ke Lye Huat Gardens yang terletak di Changlun kedah.Sesaja bawa Danish makan angin sebelum masuk ke sekolah semula. Taman ni nampak cam kecik ja...tapi penat juga kami berjalan.Banyak jenis haiwan ada disini. Harimau dan Harimau Kumbang pun ada (PUMA).Buaya, Burung, rusa, Monyet kecil tu pun ada dan si rusa pun ada.Pendek kata..walaupun kecil..tetapi memang ruang di manafaatkan sepenuhnya. Kucing yang berbulu harimau pun ada. Kelebihan lain kat tempat ni adalah replika Pulau, Bukit dan Gunung yang diperbuat dari batu juga ada. Banyak juga batu-batu yang berbentuk aneh dan menarik dipamerkan. Pemilik tempat ini juga turut mempamerkan basikal dari era dulu sehingga kini (lupa amik gambar) dan patung askar semasa Dinasti China dulu.Satu lagi yang menarik adalah lambakan pokok bongsai yang memang cantik.Bagi penggemar pokok bongsai..mungkin leh pergi tengok. Lanskap di sini juga menarik..redup ja.Kalau free di hujung minggu leh la try bawa anak-anak gi tengok.Tentu diorang suka. ;-) ]]></description>
** yg bersimpuh ayu tu..tentulah ibu ayra.
Alhamdulillah..jadi juga rancangan kami untuk buat majlis sikit semperna birthday Danish pada 09/09/2009. Aku dan Hafiz sepakat nak buat Nasi Ayam. Aku  tak pernah masak nasi ayam banyak-banyak..memang gabra juga. Tapi Hafiz cakap..masak jela..try and error. Maka habislah aku mengodek kat internet..tengok menu yang mudah dan sedap.
Maka pada pagi raya keempat tu..terkedek-kedek la aku and geng nak mula masak.Penat juga..pastu masa nak rebus ayam tu...boleh pula dapur buat hal..hemm..memang lambatla jadinya. Air rebusan ayam tu taknak juga mendidih.Dah lambat sangat..nasib mak aku berjaya dapatkan dapur ganti..Letak kejap ja..dah mendidih.
Aku tak jemput ramai pun..cuma sedara terdekat dan kawan-kawan yang rapat dan berada di perlis ni.Terima kasih untuk Kak Ros dan Abu .http://rosrusli.blogspot.com/(ibu Ayra)[url]  sebab sudi meluangkan masa datang umah. Ayra pula memang dah besar..anak dara dia orang ni..memang sesuai jadik model dahla comel, pastu bila besar Sah tinggi dari aku LOL .Dari dia orang datang sampai la mama dan papa dia sudah makan..dia still tidor.Ayra sebenarnya letih kutip duit raya ni..mama dia paksa kutip   :-D 
Danish pula happy sangat..sebab tercapai juga hajatnya nak kek Transfomer dan hadiah yang di balut. Abah pun belila lori panjang tu..murahja..yang penting BERBALUT. Teh pula bagi hadiah jam tangan BEN 10. Wah...sukala dia memakainya.Semoga Danish menjadi anak yg soleh..sihat selalu..diMurahkan rezeki..serta dipanjangkan usia.Ibu dan Abah terlalu sayangkan Danish. :flowers: ]]></description>
<description><![CDATA[Selamat Hari raya, Maaf zahir dan batin kepada semua kengkawan.Kut ada terkasar bahasa dan terlajak cakap..minta maaf ya.
Hari Raya ke tiga aritu...aku dapat tetamu jauh.Nun dari Putrajaya.En.Helmi dan Puan Norizan
 http://www.zanmyly.blogspot.com(mama lyna)[url]  maka dapatla aku berjumpa dengan si comel Lyna.Memang comel anak dara kecik ni..yang paling mahal..keningnya..bersambung..sebijik cam kening ayah dia. Terima kasih bebanyakla untuk ijan sekeluarga, sebab sudi bertandang ke rumah kami.Lain kali kita berjumpa lagi ya. Lyna cepat membesar ya.. ;-) 